Friday, June 22, 2012

PENGUMUMAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN SESI JULAI 2012



Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar-pelajar baharu dan lama (semester dua dan ke atas) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN.



Cara memohon:



1) Dapatkan nombor pin PTPTN di Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bayaran RM5.00

( Sila buat pembelian di kaunter bank ).



2) Membuka akaun simpanan (atas nama pelajar) di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sahaja.



3) Membuka akaun e-mel (untuk urusan rasmi PTPTN). Sila pastikan akaun emel anda sentiasa aktif.

4) Membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Digalakkan membuka akaun SSPN

di Maybank atau Bank Islam bagi memudahkan pembukaan akaun.

5) Daftar permohonan pembiayaan secara dalam talian (online) di laman web PTPTN di alamat:

http://www.ptptn.gov.my ( Sila rujuk semua panduan dan arahan di laman web tersebut ) .

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2012 (kelompok pertama) dan 30 Julai 2012 (kelompok kedua).

Kelulusan permohonan boleh disemak melalui laman web PTPTN bermula hari ke - 6 ( hari bekerja ) selepas tarikh tutup permohonan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (Biasiswa),

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah,

Kulim. Kedah Darul Aman.

Tel: 04-4033333 samb 2027/ 2166.

Thursday, June 21, 2012

Pengenalan

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) merupakan salah sebuah Jabatan akademik induk yang terdapat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. JKM menawarkan tiga program di peringkat diploma iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), Diploma Kejuruteraan Mekatronik dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal serta satu kursus diperingkat sijil iaitu Sijil Kejuruteraan Mekanikal. Objektif: Memberi pengetahuan teori dan amali di dalam bidang kejuruteraan mekanikal bagi melahirkan tenaga separa mahir untuk memenuhi keperluan negara Membina kecekapan pelajar dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif supaya mampu menangani pelbagai cabaran hasil dari perkembangan teknologi serta mengamalkan budaya ilmu Program-program yang ditawarkan: Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) - (DTP) Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)

Kem

ASSALAMUALAIKUM.. PEMBERITAHUAN: selepas hari raya aidilfitri akan diadakan satu kem bagi M.P.P, M.T, dan A.J.K Mechanical Department Club (M.E.D Club). kem ini diadakan bagi mencari kepimpinan baru ataw leader y bru bgi menerajui M.E.D club dan mengelola program J.K.M MPP n MT sem 6 sesi julai 2012 adalah diwajibkan menyertainye sbgai fasilitator,.. dan AJK2 dri sem 2, 3, 5 sesi julai 2012 adlah dialu-alukan untuk menjadi peserta,... lau ikt pendapat saya, semua AJK diwajibkan menjadi peserta,.. KERJASAMA AMAT DIHARGAI... :)

tHe Beginning....

assalamualaikum... salam menyusul setiap permulaan perkenalan. bismillahirrahmanirrahim.. kalam mengiringi setiap perbuatan. blog ini sekadar medium untuk memperkasakan lagi kelab kita, dan membawa ke mata umum apakah itu M.E.D Club.. Memberi pendedahan awal tentang Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PTSB dan kelab penerajunya iaitu Mechanical Engineering Department Club atau singkatannya (M.E.D Club) Hari ini 21 JUN 2012, dengan rasmi blog ini ditubuhkan, dan akan dikelolai oleh setiap ADMIN yang dilantik setiap semester, dan diharapkan berterusan demi memperkasakan M.E.D Club.. BERTEMU KITA UKHWAFILLAH, BERMUSUH KITA NAUZUBILLAH.. BERPISAH MATI INSYAALLAH.. BERTEMU KITA DI TAMAN ALLAH.. INSYAALLAH~