Monday, November 19, 2012

Perkongsian,...

ASSALAMUALAIKUM!!!

Sebelum saya meneruskan coretan saya, saya mohon maaf andai coretan saya nanti akan  mengguris hati mana2 pihak,...

Thursday, November 8, 2012

Perlantikan Majlis Tertinggi Sesi Disember 2012

ASSALAMUALAIKUM...



          Seperti yang sedia maklum...kuliah bagi pelajar untuk sesi Jun 2012 akan tamat lagi dua minggu...jadi seperti biasa...semua Majlis Tertinggi sesi Jun 2012 dengan rasminya meletak jawatan masing-masing...jadi pada 7 November 2012 (Selasa) telah diadakan satu mesyuarat untuk melantik Majlis Tertinggi baru bagi sesi Disember 2012....


           Setelah undian dijalankan Pengerusi bagi MED CLUB untuk sesi disember 2012 adalah Ahmad Ridzuan (Un Cle Wan) dari DEM 5A.....diharap dengan adanya pelantikan baru ini...semua MT akan dapat menjalankan tugas masing-masing dengan bertanggungjawab...



barisan AJK MED CLUB lama dan baru



          Selain itu,terdapat dua lagi agenda yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut...iaitu agenda untuk Sukan JKM untuk sesi depan....alhamdulillah perlantikan ajk untuk program tersebut telah berjaya dilakukan oleh ajk yang dipertanggungjawabkan....agenda aktiviti untuk ajk yang bakal meninggalkan poli juga telah berjaya dilakukan...dan insyaallah dalam waktu terdekat ini segala maklumat tentang aktiviti2 ini akan di nyatakan....


*p/s: ayuh sama2 rancangan aktiviti menarik untuk MED CLUB kita...

Monday, October 29, 2012

FINAL YEAR PROJECT PRESENTATIONN 2012...

DEGUPAN jantung makin kencang,...

less than 12 hour only,...
the judgement day,..
semester 6 mechi student,..
r u ready for that day??

let 's make this an honor to be proud of....

gambatteee to all FINAL YEAR PROJECT TEAMS...

all the best for all of you,..

CAIYOKKK3.....

Wednesday, October 24, 2012

FINAL YEAR PROJECT PRESENTATION AND EXHIBITION


Assalamualaikum,...
PENGUMUMAN,..

Pada 30 oktober 2012, akan diadakan FINAL YEAR PROJECT PRESENTATION,...
Bertempat di DEWAN MUADZAM SHAH, POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH,..
Bermula jam 0800 sehingga 1700...

Kesemua projek semester 6 sesi ini akan dipamerkan untuk penilaian,..
this is the big  event for us, the judgement day for semester 6, the important date for the last semester...

come and see us there,..
come and gained knowlegde at the exhibition,...
come and join us,...

to all student PTSB from all department, u are welcome to be there,..
see u all after this raya break,...

caiyok3...
:)

HEBAHAN!!!!

Malam pra-graduan semesta 6..
sesi jun 2012..

Tarikh:31 0kt0ber 2012
Tempat: dewan muadzham shah
Masa:8-11 mlm

Tema: "RETR0"

Kpd siswa & siswi sem 6 jkm..
Diharap dpt hadir mengikut tema yg tlh ditetapkn..
Hrap mklum..
Sila war2kn kpd yg lain..tq








Setiap wkil kursus juga dIwajibkn mmbuat prsembhan..

Dkm 6A & 6B -1 prsembhan
Dkm 6iA,6iB & 6iC -1 prsembahan
Dem 6A -1 prsembahan
Dtp 6A -1 prsembhan..






Sunday, October 14, 2012

PERHATIAN!!!!!!!

SEMESTER 1 SESI JULAI 2012....

PENDAFTARAN KELAB KOKURIKULUM AR201/R2001 BAGI SESI DISEMBER 2012
Written by Shahrul Bariah Binti Bharom 
Wednesday, 03 October 2012 08:38
Pendaftaran diwajibkan kepada pelajar semester 2 pada sesi hadapan (DISEMBER 2012). Bagi pelajar yang belum mengambil atau belum lulus kursus Ko-kurikulum AR201/R2001 sila hubungi Ketua Kursus Ko-Kurikulum , En. Muhamad Sujairi bin Yusof ( 019-4745731 ) untuk mendaftar kelab. Pemilihan ahli kelab bergantung kepada kekosongan kelab yang ditawarkan. Pendaftaran awal menentukan kelab pilihan anda. Pendaftaran secara online dibuka mulai 3 Oktober 2012 hingga 30 November 2012. Sila layari Portal Pelajar http://ehep.ptsb.edu.my/portal

Thursday, October 4, 2012

KEM PEMBINAAN JATI DIRI & POLIBRIGED SEMESTER 1

AJK-AJK & PESERTA



Pada 20/09/2012 hingga 22/10/2012 telah diadakan satu kem, kem ini dikenali sebagai kem pembinaan jati diri, polibriged dan rekrut ajk..
Kem ini telah diadakan di HUTAN LIPUR ULU PAIp, SUNGAI KOB, KULIM KEDAH DARUL AMAN, kem diadakan selama 3 hari 2 malam, kem ini dikelolai oleh ahli2 jawatankuasa pelajar MED club PTSB dengan kerjasama dari pensyarah-pensyarah polibriged.
Kem ini melibatkan penyertaan peserta seramai 60 org, AJK 40 org dan 15 org pensyarah..
Kem diadakan bertujuan untuk melatih dan membentuk kepimpinan dalam diri pelajar2 semester satu, kem ini juga bertujuan mengenali potensi diri mereka sekaligus menyerapkan pelajar2 ini ke dalam MED club untuk menjadi sebahagian dari tulang belakang penggerak aktiviti di bawah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PTSB.
Alhamdulillah, kem berjalan lancar dan mencapai target yang dikehendaki,..
Jutaan terima kasih kami ucapkan pada AJK2, pelajar-pelajar, serta pensyarah-pensyarah dalam membantu menjayakan kelancaran program...

p/s: admin mohon maaf kerana lambat update disebabkan kekangan masa, sibuk dengan FYP,..
:)

Tuesday, September 18, 2012

MEMBUDAYAKAN TEKNOLOGI HIJAU

Dimaklumkan bahawa Politeknik Melaka(PMK), Jabatan Pengajian Politeknik & Jabatan Ketua Menteri Melaka akan menganjurkan Program Selamatkan Bumi Kita : Membudayakan Teknologi Hijau yang merupakan projek inovasi berkonsepkan "Green Technology".




Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama selamatkan bumi kita dengan membudayakan amalan teknologi hijau dalam kehidupan seharian untuk masa depan bersama.


p/s: copy from PTSB portal..

Sunday, September 16, 2012

SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA PENSYARAH JKM

pada 5/9/2012 telh diadakn sambutan hari raya bersama pensyarah JKM.....majlis yang amat meriah dgn pensyarah yg sporting2.....apapun pensyarah JKM terbaik......sambutan ini berlangsung di hadapan bilik medclub dgn jayanye

KEM PEMBINAAN JATI DIRI SEMESTER 1 DAN REKRUT AJK

Bermula 20/09/2012 hingga 22/09/2012 akan diadakan satu kem, kem ini dikenali sebaai kem pembinaan jati diri bagi pelajar semester satu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PTSB dan sebagai kem untuk merekrut ahli jawatankuasa baru sebagai perintis majlis tertinggi M.E.D club PTSB yang sedia ada,..
kem akan diadakan selama 3 hari 2 malam, bertempat di Hutan Lipur Ulu Paip, Sungai Kob, Kedah Darul Aman.
Kem ini adalah rentetan bagi kem-kem yang adakan pada semester-semester terdahulu, kem diadakan bagi mendedahkan para pelajar tentang kehidupan di kampus dan menanamkan sikap toleransi dan kerjasama berpasukan sesama pelajar, peserta akan dipilih oleh pensyarah polibriged daripada setiap kelas untuk dihantar menghadiri kem tersebut.
Kem pada kali ini amatlah penting bagi urusetia dan juga peserta, kerana kem ini bertujuan mencari pelapis kepimpinan bagi jabatan kejuruteraan mekanikal.
Akhir kata, saya bagi pihak pengelola aktiviti jabatan kejuruteraan mekanikal mengucapkan selamat maju jaya pada semua y terlibat dan mengharapkan segalanya berjalan mengikut perancangan yang dibuat.

Sunday, July 29, 2012

majlis berbuka puasa,..


Salam.........majlis berbuka puasa AJK MED CLUB akan diadakan pada :

TARIKH : 8 OGOS 2012 (RABU)
TEMPAT : SERI KULIM
BAYARAN : RM10
JAM : 6.30 PTG
PAKAIAN : BEBAS

Sesiapa yang berminat (AJK sahaja) ...sila bayar sebelum 4.8.2012 kepada :

Azimah (dkm2A) : 0178758262
Syuhada (sem 3): 0192464345
Kak Fiqa (sem 5) : 0134392415

Friday, July 27, 2012

kelebihan ramadhan,....

jom aku nk kngsi smthng ngn semua,..
rasanya xterlambat ag kn,...

KELEBIHAN-KELEBIHAN S0LAT SUNAT TARAWIH DALAM BULAN RAMADHAN :)


Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.


Malam Ke 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).


Malam Ke 3:
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.


Malam Ke 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Malam Ke 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.


Malam Ke 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.


Malam Ke 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.


Malam Ke 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.


Malam Ke 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.


Malam Ke 10:
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.


Malam Ke 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.


Malam Ke 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).


Malam Ke 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.


Malam Ke 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.


Malam Ke 15:
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.


Malam Ke 16:
Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.


Malam Ke 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


Malam Ke 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).


Malam Ke 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


Malam Ke 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.


Malam Ke 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.


Malam Ke 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).


Malam Ke 23:
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.


Malam Ke 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).


Malam Ke 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.


Malam Ke 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.


Malam Ke 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.


Malam Ke 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.


Malam Ke 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.


Malam Ke 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.”

Friday, July 13, 2012

Pengisian Rohani Majlis Konvo

moh ramai2 kita meriahkan sesi kuliah, wacana santai dan persembahan yang memberi pengisian rohani dan xmelalaikan ini,...

Friday, June 22, 2012

PENGUMUMAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN SESI JULAI 2012



Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar-pelajar baharu dan lama (semester dua dan ke atas) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN.



Cara memohon:



1) Dapatkan nombor pin PTPTN di Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bayaran RM5.00

( Sila buat pembelian di kaunter bank ).



2) Membuka akaun simpanan (atas nama pelajar) di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sahaja.



3) Membuka akaun e-mel (untuk urusan rasmi PTPTN). Sila pastikan akaun emel anda sentiasa aktif.

4) Membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Digalakkan membuka akaun SSPN

di Maybank atau Bank Islam bagi memudahkan pembukaan akaun.

5) Daftar permohonan pembiayaan secara dalam talian (online) di laman web PTPTN di alamat:

http://www.ptptn.gov.my ( Sila rujuk semua panduan dan arahan di laman web tersebut ) .

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2012 (kelompok pertama) dan 30 Julai 2012 (kelompok kedua).

Kelulusan permohonan boleh disemak melalui laman web PTPTN bermula hari ke - 6 ( hari bekerja ) selepas tarikh tutup permohonan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (Biasiswa),

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah,

Kulim. Kedah Darul Aman.

Tel: 04-4033333 samb 2027/ 2166.

Thursday, June 21, 2012

Pengenalan

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) merupakan salah sebuah Jabatan akademik induk yang terdapat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. JKM menawarkan tiga program di peringkat diploma iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), Diploma Kejuruteraan Mekatronik dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal serta satu kursus diperingkat sijil iaitu Sijil Kejuruteraan Mekanikal. Objektif: Memberi pengetahuan teori dan amali di dalam bidang kejuruteraan mekanikal bagi melahirkan tenaga separa mahir untuk memenuhi keperluan negara Membina kecekapan pelajar dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif supaya mampu menangani pelbagai cabaran hasil dari perkembangan teknologi serta mengamalkan budaya ilmu Program-program yang ditawarkan: Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) - (DTP) Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)

Kem

ASSALAMUALAIKUM.. PEMBERITAHUAN: selepas hari raya aidilfitri akan diadakan satu kem bagi M.P.P, M.T, dan A.J.K Mechanical Department Club (M.E.D Club). kem ini diadakan bagi mencari kepimpinan baru ataw leader y bru bgi menerajui M.E.D club dan mengelola program J.K.M MPP n MT sem 6 sesi julai 2012 adalah diwajibkan menyertainye sbgai fasilitator,.. dan AJK2 dri sem 2, 3, 5 sesi julai 2012 adlah dialu-alukan untuk menjadi peserta,... lau ikt pendapat saya, semua AJK diwajibkan menjadi peserta,.. KERJASAMA AMAT DIHARGAI... :)

tHe Beginning....

assalamualaikum... salam menyusul setiap permulaan perkenalan. bismillahirrahmanirrahim.. kalam mengiringi setiap perbuatan. blog ini sekadar medium untuk memperkasakan lagi kelab kita, dan membawa ke mata umum apakah itu M.E.D Club.. Memberi pendedahan awal tentang Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PTSB dan kelab penerajunya iaitu Mechanical Engineering Department Club atau singkatannya (M.E.D Club) Hari ini 21 JUN 2012, dengan rasmi blog ini ditubuhkan, dan akan dikelolai oleh setiap ADMIN yang dilantik setiap semester, dan diharapkan berterusan demi memperkasakan M.E.D Club.. BERTEMU KITA UKHWAFILLAH, BERMUSUH KITA NAUZUBILLAH.. BERPISAH MATI INSYAALLAH.. BERTEMU KITA DI TAMAN ALLAH.. INSYAALLAH~