Friday, June 22, 2012

PENGUMUMAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN SESI JULAI 2012



Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar-pelajar baharu dan lama (semester dua dan ke atas) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN.



Cara memohon:



1) Dapatkan nombor pin PTPTN di Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bayaran RM5.00

( Sila buat pembelian di kaunter bank ).



2) Membuka akaun simpanan (atas nama pelajar) di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sahaja.



3) Membuka akaun e-mel (untuk urusan rasmi PTPTN). Sila pastikan akaun emel anda sentiasa aktif.

4) Membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Digalakkan membuka akaun SSPN

di Maybank atau Bank Islam bagi memudahkan pembukaan akaun.

5) Daftar permohonan pembiayaan secara dalam talian (online) di laman web PTPTN di alamat:

http://www.ptptn.gov.my ( Sila rujuk semua panduan dan arahan di laman web tersebut ) .

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2012 (kelompok pertama) dan 30 Julai 2012 (kelompok kedua).

Kelulusan permohonan boleh disemak melalui laman web PTPTN bermula hari ke - 6 ( hari bekerja ) selepas tarikh tutup permohonan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (Biasiswa),

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah,

Kulim. Kedah Darul Aman.

Tel: 04-4033333 samb 2027/ 2166.

No comments:

Post a Comment