Saturday, August 24, 2013

KEM pembinaan JATI DIRI sesi JUN 2013

Assalamualaikum...
Lama rasanye blog kelab ini tidak diusik, tidak dicoret,...
Ini mungkin disebabkan oleh kesibukan di pihak admin-admin, kami memohon di atas kesulitan tersebut..

Pertama sekali, ALHAMDULILLAH, kami panjatkan rasa syukur y tinggi pada ALLAH kerana masih diberi peluang untuk terus berbakti pada anak bangsa,....

Semester baru telah bermula bagi SESI JUN 2012, bermakna lembaran baru juga telah dibuka bagi kami warga Majlis Pimpinan Pelajar bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH, KULIM KEDAH,....

Bacaan Ikrar dari peserta Kem,...
Alhamdulillah, seperti semester-semester yang lepas, pada semester ini satu kem kepimpinan pelajar serta pembinaan jati diri telah dirancang dan bakal dilaksanakan pada awal bulan SEPTEMBER nanti iaitu bermula pada 05/09/2013 sehingga 07/09/2013, bertempat di Hutan Lipur Ulu Paip, Sungai kob, KULIM,...

Status kekuatan jawatankuasa pemimpin yang akan terlibat sebgai fasilitator untuk mengawal pelajar yang terdiri daripada pelajar semester satu dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dri pelbagai kursus ambilan masih belum diputuskan kerana mesyuarat akhir penetapan belum dilaksana lagi, insyaallah akan diadakan dalam masa terdekat, dan admin berharap akan mendapat sokongan dan kerjasama y baik dari smua ahli jawatankuasa terutama semester 2 dan 3,..


Kem ini diadakan bertujuaan untuk melatih serta menanamkan sikap kepimpinan, jati diri dlm membentuk "confident level" yang tinggi di kalangan pelajar, kem ini juga diadakan bertujuan memupuk kesefahaman, kerjasama dan toleransi di antara satu sama lain dikalangan para peserta,...

Kem ini direncanakan dengan kerjasama antara Jawantankuasa Pimpinan Pelajar dan juga Pensyarah-pensyarah daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PTSB sendiri. Setiap pengisian slot, aktviti dan latihan di dalam kem ini telah dibuat adalah bagi menyediakan info-info berguna kepada peserta yang terlibat,..
Sesi bergambar pada hari terakhir,..
Akhir kata, kami berharap agar kem ini berjalan lancar seperti yang direncanakan dan mencapai objektif dan juga "target point" yang ditetapkan, Admin mengucapkan selamat maju jaya pada semua y terlibat dalam program ini,...

D.A
(Penasihat M.E.D Club)

No comments:

Post a Comment