Tuesday, January 15, 2013

Camping Trip Dis 2012,....

 Assalamualaikum,...


Pertama sekali, Alhamdulillah segala puji Allah, Tuhan sekelian alam, kami panjatkan satinggi-tinggi kesyukuran padamu Ya Allah kerana dengan limpah RahmatMU, KEM Kempimpinan dan Jati Diri JKM sesi Dis 2012 telah berjaya dilaksanakan pada 10 hingga 12 haribulan Januari 2013 yang lalu, kem y di anjurkan selama 3 hari 2 malam ini telah berlansung
dengan jaya,...

Semoga dengan berakhirnya kem ini, pelajar-pelajar yang menyertainya dapat meniba ilmu y berguna bagi mereka dalam menepmpuh alam pembelajaran di kampus pengajian untuk tempoh 3 tahun, semoga segala yang baik yang mereka dapat di sana di ambil sebagai panduan dan pedoman, manakala yang buruk dijadikan benteng bagi mereka semua,..

Dikesempatan ini juga admin mewakili semua barisan Fasilitator menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada kata-kata yang mengguris hati kamu semua, ada sikap garang kami y melampau itu menyebabkan rasa tidak senang pada kamu semua, apa yang baik itu datang dari Allah, dan y kurang itu dari diri kami semua,..
Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih pada barisan Pensyarah y turut memberikan sokongan kepada barisan Fasilitator sepanjang kem berjalan, tanpa bantuan Pensyarah mana mungkin kami menempa kejayaan pada program kali...

Alhamdulillah sekali lagi kerana apabila admin bertemu mata bersama para peserta dan bertanya tentang feedback mereka tentang kem kali, dan reaksi dan pandangan positif yang admin terima, malahan ada segelintir peserta yang tidak sabar untuk turut menyumbang tenaga dan sokongan kepada kami jika diperlukan, kata mereka rasa bagai tidak cukup hanya 3 hari 2 malam berada di kem bersama kakak-kakak dan abang-abang yang baik-baik, dan sporting,..
Malah mereka mengharapkan kem seperti ini dianjurkan lagi dan mereka menawarkan perkhidmatan dan penglibatan mereka sebagai manpower pula.

Insyaallah, andai kata ada event-event yang memrlukan pertolongan adik-adik, admin akan maklumkan, dan insyaallah juga, pihak barisan Admin telah merangka satu program bersama pelajar-pelajar semester 1 sesi DIS 2012, yang mana program ini akan mengumpulkan kesemua barisan AJK MED club dan Peserta-peserta kem sesi ini,...
Doakan semmoga program ini dapat direalisasikan untuk manfaat bersama,..

sekian.

p/s: gambar diatas adalah gambar peserta pada majlis penutupan,....

D.A
(Penasihat M.E.D Club)

No comments:

Post a Comment