Wednesday, January 9, 2013

KEM pembinaan JATI DIRI

 Assalamualaikum...
Lama rasanye blog kelab ini tidak diusik, tidak dicoret,...
Ini mungkin disebabkan oleh kesibukan di pihak admin-admin, kami memohon di atas kesulitan tersebut..


Pertama sekali, ALHAMDULILLAH, kami panjatkan rasa syukur y tinggi pada ALLAH kerana masih diberi peluang untuk terus berbakti pada anak bangsa,....


Semester baru telah bermula bagi SESI DISEMBER 2012, bermakna lembaran baru juga telah dibuka bagi kami warga Majlis Pimpinan Pelajar bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH, KULIM KEDAH,....
Alhamdulillah, seperti semester-semester yang lepas, pada semester ini satu kem kepimpinan pelajar serta pembinaan jati diri telah dirancang dan bakal dilaksanakan pada hujung minggu ini iaitu bermula pada 10/01/2013 sehingga 12/01/2013, bertempat di Hutan Lipur Ulu Paip, Sungai kob, KULIM,...
Seramai 16 orang jawatankuasa pemimpin akan terlibat sebgai fasilitator untuk mengawal pelajar seramai 57 orang yang terdiri daripada pelajar semester satu dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dri pelbagai kursus ambilan,..
Kem ini diadakan bertujuaan untuk melatih serta menanamkan sikap kepimpinan, jati diri dan "confident level" yang tinggi di kalangan pelajar, kem ini juga diadakan bertujuan memupuk kesefahaman, kerjasama dan toleransi di antara satu sama lain dikalangan para peserta,...

Kem ini direncanakan dengan kerjasama antara Jawantankuasa Pimpinan Pelajar dan juga Pensyarah-pensyarah daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PTSB sendiri. Setiap pengisian slot, aktviti dan latihan di dalam kem ini telah dibuat adalah bagi menyediakan info-info berguna kepada peserta yang terlibat,..

Akhir kata, kami berharap agar kem ini berjalan lancar seperti yang direncanakan dan mencapai objektif dan juga "target point" yang ditetapkan, Admin mengucapkan selamat maju jaya pada semua y terlibat dalam program ini,...

D.A
(Penasihat M.E.D Club)

No comments:

Post a Comment